Pada 09 Disember 2021 yang lalu, Rumah Warisan Bandar DiRaja Arau telah memenangi anugerah “Best New Heritage Attraction” yang disampaikan oleh Majlis Pelancongan Malaysia yang telah diadakan di New World Hotel, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Anugerah ini telah menaikkan nama UMMUL TRAVEL AND TOUR SDN BHD sekaligus nama Bandar DiRaja Arau menjadi bualan serta tarikan kepada para pelancong untuk datang ke negeri Perlis. Hal ini juga dapat meningkatkan ekonomi pelancongan negeri Perlis.
Dua buah rumah tradisional Melayu, barang-barang antik dan monumen Dua Dekad Pemerintahan Raja Perlis yang menarik minat para pelancong untuk datang kerana bagi mereka ianya satu keunikan dimana dapat mengembalikan nostalgia pada zaman dahulu.
Pengarah Urusan UMMUL TRAVEL AND TOUR SDN BHD Rizwan Ahamad Badrudin berkata, pihaknya mengambil inisiatif tersebut sebagai rakyat negeri Perlis yang merasakan jasa Raja Perlis yang memerintah negeri ini, perlu dikenang dan diabadikan.